♥ OMBAK RINDU ♥

Assalammualaikum...
Entry kali ni simple jer...aku nak share bait-bait lirik utk lagu Ombak Rindu...suka sangat lagu tu.  memang dah lama sangat Fenomena Ombak rindu ni dah berlalu, rasanya sekitar tahun 2012.  Tetapi aku masih ingat filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani memang mendapat sambutan yang Meletopssss masa tu!!!  Dan aku memang peminat pelakon-pelakon berkenaan...Filem ini diadaptasikan drpd sebuah novel dgn tajuk yang sama Ombak Rindu hasil coretan Fauziah Ashari...Aku tak lah pergi menonton filem ni di pawagam, malas nak berasak-asak dgn org ramai dlm panggung...lagipun aku bukan FANATIK dgn filem Melayu.  Selang setahun selepas filem tersebut baru aku dapat tonton filem ni..itupun aku tempah kat ASTRO FIRST..hehehe :D


Dan seperti biasa....kepuasan menonton FILEM tidak akan sama dengan membaca sendiri NOVEL Ombak Rindu itu...mana mungkin Pengarah Filem mampu untuk merealisasikan emosi sebenar seperti dlm novel...apalagi pengarah filem biasanya akan mengubah sedikit sebanyak plot cerita dalam filem agar tidak sama 100% dgn hasil novel yang dihasilkan....Huhuhu...so cadangan aku lebih baik dapatkan Novel Ombak Rindu drpd pergi menontonnya kalau inginkan kepuasan emosi...Tapi kalo sekadar nak melihat Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani bermain emosi untuk membawa watak seperti dlm novel tersebut maka pergilah menonton filemnya ya...tak rugi sangat pun :)


Apapun lagu Ombak Rindu nyanyian duet Hafiz dan Adira masih tetap merdu kedengaran di huung-hujung telinga ku ini...hahaha...sebab tu aku tetiba nak buat entry berkaitan filem ini...hahaha....jom layan bait-bait lirik lagunya ya.. (^___^)

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

p/s ~ nak tujukan lagu ni utk HUBBY juga....luvvv u yong :D

♥ PuDing RoTi KaraMel....Sodaaappp!!! ♥

Assalammualaikum....
Siapalah yang tak suka Puding/Dessert...(memang ada juga tp mostly mereka yang berdiet or ada masalah kesihatan) tp sejujurnya masih tinggi lagi rasannya mereka yang suka menikmati hidangan ini, terutama sebagai pencuci mulut...

Jangan tak tahu...aku ni memang suker sangat kalo bab2 food yang ada Karamel...aku tak teror sangat nak sediakan Puding Roti Karamel ni tapi kata orang biar tak tahu masak yang penting rajin masak..(iyeker???) Sebabnya practice make u perfect....(^__^) Puding ni aku memang suker sangat nak sediakan sbb senang sangat dan sedapppp kalo dimakan sejuk...

Sebelum ni aku selalu sediakan Puding Karamel jer...ertinya aku tak bubuh ROTI kat dalam resipi aku.  So satu hari bila aku tengah blogging aku ternampaklah resipi ni so aku teringin sangat nak cuba...nak tahu beza rasanya kalo letak dgn Roti....hehehe...sedap memang sedap dan bagi pendapat lidah aku ni memang ada beza kalo letak roti kat dlm puding karamel kita...mcm rasa 'kek' sikit sebab tekstur puding dah padat drpd sebelum letak Roti...tp aku rasa lebih sedap Puding Roti Karamel drpd Puding Karamel yg biasa...apapun lain org lain pendapat kan??? Kalo nak tahu cuba lah sendiri....

Aku guna Oven jer sebab kat rumah takder Pengukus...dan aku dapat resipi ni drpd Kak Yatie..boleh lawat resipi asalnya kat sini yeah YatieMemories - Puding-Roti-Karamel.html Tqvm kak atas resipi yang enak (^__^)


♥ Bahan-Bahan ♥

♥ 4 keping Roti Putih Gardenia
♥ 3-4 biji Telur (yang ni kena pukul sikit jer pastu tapis k)
♥ 1 cawan Air Suam
♥ 1 cawan Susu Cair (yang ni aku saja tambah sendiri, nak bagi tambah rasa lemak tu)
♥ 1 cawan Susu Pekat Manis
♥ 1 sudu kecil Esen Vanilla
♥ 3-4 sudu Gula Pasir untuk dijadikan Gula Hangus aka Karamel


 ♥ Cara Penyediaan ♥

 1. Untuk Gula Hangus (Karamel) - masukkan Gula Pasir tadi ke dalam kuali dan masak tanpa minyak atas api yang kecil.  Selepas 5 minit masukkan 1-2 sudu besar air panas secara perlahan-lahan ke atas gula tadi. Kacau sebati dengan api yang kecil sehingga warna keperang-perangan (hati-hati jgn hangus nanti karamel rasa pahit taw!!).  Matikan api dan tuang terus ke dalam loyang yang digunakan.

2.  Blendkan sebati Roti Putih Gardenia yang telah dicarik2 bersama Air Suam, Susu Cair, Susu Pekat Manis dan Esen Vanilla.

3.  Masukkan Telur yang telah ditapis dan blendkan sekejap sekali lagi.

4.  Masukkan dlm loyang yang telah diletakkan Gula Hangus (Karamel) tadi dan masukkan dalam Oven yang telah siap dipanaskan.

5.   Masak secara double boil selama 45 minit ke 1 jam dalam suhu 180 - 200 Celcius.  Pastikan air sentiasa ditambah ke dlm bekas supaya puding tadi tak kering...



Harap aku terangkan cara nak buat resipi ni dgn jelas yeah...kalo kurang paham u ols boleh try goggle blogger2 yg lain dgn resipi yang sama.

Chaiyok2 !!! ^__^


♥ Sambutan RAYA 2013 Warga JKNS ♥

Setiap tahun memang dah jd kemestian rasanya jbtn aku akan buat majlis raya utk semua staff berkumpul beramai2 dan beramah mesra...tym macam ni lah kita smua rasa seronok bjumpa kerana keadaan spt dlm majlis spt ni adalah lebih santai...sambil2 tu boleh melaram dan show off baju raya or baju baru...hehehe :D

Tahun ni aku tak berapa nak bagaya sakan dgn Baju Raya aku sebab walaupun dlm majlis yg meriah ni aku rasa kehilangan sangat dgn 2 org sahabat baik aku yg tak join sama dlm majlis ni...iyelah masing2 dah btukar ke tmpt lain.  Memang rasa sedih dlm hati dan rasa kekurangan betul... :(

Tapi jangan diingatkan rasa sedih tu..buang jauh2!! Sebab kan tym raya ni mana boleh sedih2...mereka tetap dlm hatiku walaupun sekelilingku penuh sahabat yg baik2 semuanya....So apakata kita layan jak antara gmbar2 yang aku sempat abadikan utk dipost kan ke blog aku ni....byk lg gmbr tp aku ambil mana yg aku rasa cute jer...hehehe...

Komen aku...utk sambutan raya thn ni aktivitinya spt pertandingan baju raya tercantik dan pertandingan karaoke lambat sgt dimulakan...smpaikan ramai dah yg balik (huhu..tk supportive langsung dorang..) Maknanya sambutan nya mmg kurang POWER than last year...ntah mana silapnya (@_@)

# dgn member unit aku...(waaah!! Merahnya aku...hehe)

# Menu yg disediakan...katerer yg sediakan..sbnrnya byk lg juadah yg tk msuk dlm list...:)

# anak2 staff yg comel loteh juga smpat buat prsembahan tarian Hari Raya...

# sesi karaoks..pertandingan taw!! Sanisah drpd Bhgn Perubatan yg menang tp aku x smpat snap gmbo dia...so aku ambik jak wakil Bhgn Pengurusan, Dgku CT Afizah & Nadzirah...Huuu, suara POWER u..drpd aku (n__n)

# aku menang kategori ni thn lalu...waah!! Baju Raya Tercantik...hehehe..thn ni aku tak join, sbb nak bg org lain lg yg menang...(im a gud gurl taw..)

# Baju raya c Queen Raya ni sebijik fesyen macam baju aku menang last year...cuma aku tema GOLD!! Lain yg ditarget menang..lain pula yg menang..itulah rezeki namanya, teda siapa yg taw...

# keadaan dlm dewan dan luar dewan sebelum majlis dimulakan...

# antara member2 staff JKNS yg sempat aku ambik gmbar ...

# tema kami tahun ni MERAH!! hehe...kebetulan laaah...:D





Setakat tu jak...In shaa Allah bertemu kembali di Majlis Raya JKNS tahun 2014...ntah apa lagi kaler baju aku tym tu...

* love *

♥ Followers Yg Setia ♥