♥ PanDuan PeMaKaian KeBaYa ♥

Pakaian mencerminkan kecantikan juga penampilan si pemakai. Namun tidak semua wanita boleh berkebaya.

Ini kerana terdapat beberapa panduan yang boleh diikuti bagi memastikan anda tampil menawan dalam setiap majlis dihadiri.

Pada asasnya, terdapat lima jenis kebaya yang popular di Malaysia iaitu kebaya labuh, kebaya moden, kebarung (kebaya dan kurung), kebaya Melayu dan kebaya nyonya.

Sebagai panduan jangan sebarangan memilih kebaya kerana pakaian tradisional ini harus sesuai mengikut bentuk tubuh juga warna kulit anda.

Warna kebaya juga harus disesuaikan dengan bentuk tubuh.

Sekiranya anda bertubuh kurus, sebaiknya menggunakan warna cerah manakala bagi yang tubuh berisi, untuk membuat tubuh terlihat lebih kecil, pilih warna gelap atau warna lembut. Antara lima panduan yang boleh diikuti ialah:

 1  Untuk mereka yang Berbahu Lebar

Cuba pilih:
■ Kebaya moden dengan garis leher menutup hujung bahu dengan bahagian dada terbuka;
■ Kebaya moden dengan bentuk V;
■ Kebaya moden dengan perincian dan aplikasi pada bahagian pinggul untuk menyeimbangkan posisi bahu.

Elak memilih:

■ Kebaya moden dengan perincian mewah;
■ Kebaya moden dengan model yang rendah.
 2  Untuk mereka yang memiliki Tubuh Seperti Lelaki
Cuba pilih:
■ Kebaya moden dengan perincian mewah pada bahagian pinggul dan pinggang untuk menciptakan siluet seksi pada pinggang;
■ Jika kebaya anda polos, tambahkan kerongsang bagi kekal menawan;
■ Pakai bengkung agar siluet jam pasir lebih terbentuk.

Elak memilih:

■ Kebaya moden dengan perincian yang menonjol pada bahagian bahu, leher atau berkolar tinggi;
■ Kebaya moden yang menggunakan material fabrik yang kaku seperti organdi.


 3  Tubuh Mungil Berisi
Cuba pilih:
■ Kebaya moden yang menonjolkan bahagian bahu;
■ Kebaya berpotongan serong di bahagian bawah untuk menciptakan ilusi tubuh lebih tinggi;
■ Kebaya pendek menutupi pinggul dengan bahagian belakang lebih panjang.

Elak memilih:

■ Kebaya dengan kolar tinggi serta perincian penuh di leher;
■ Kebaya moden yang panjang sehingga terkena lantai.

 4  Untuk mempunyai Payu Dara XXXL
Cuba pilih:
■ Kebaya yang menutup bahagian dada;
■ Model cup bustier menutup payudara secara penuh.


Elak memilih:

■ Kebaya dengan kedut dan cerut pada bahagian pinggang atau dada;
■ Mengenakan kerongsang pada bahagian dada;
■ Kebaya dengan garis leher yang rendah;
■ Mengenakan coli yang memiliki alas tebal.




 5  Untuk mempunyai Perut Besar
Cuba pilih:
■ Kebaya polos dan bersih tanpa sebarang perhiasan pada pinggul dan pinggang;
■ Kebaya yang panjangnya di bawah pinggul dengan menonjol pada bahagian dada;
■ Kebaya berbentuk anak patung atau berpotongan empire.


Elak memilih :

■ Bahagian pinggang atau pinggul berbentuk V atau mendatar (horizontal).
# Sumber drpd izzeyda-info.blogspot.com/

♥ HanYa D KoRea ...♥

Assalammualaikum...alhamdulillah aku masih disini...sihat dan ceria dgn izinNya dpt berkongsi sesuatu dengan smua yg sudi membaca blog ku ini :)

Ada seorang blogger yg mmg femes..aku terbaca blognya so since that aku minat dn slalu juga klik2 ke blognya utk cari cerita terbaru ttg dia...hehehe..sepa ya?? Biarlah setakat ini mnjadi rahsia dulu nnti aku war2 kan sepa orgnya ya...

So aku trbaca ttg sesuatu yang dia temui semasa berada di Korea (rasanya dia pegi sana lah kannn...!!)...nak tau apa?? Ok jom aku kongsikan...memang pelik tp benar...even mcam tu still boleh bikin kita tersenyum kambing...hehehehe :)

Ini adalah Susu Pekat Manis di Malaysia..kannn...
Ini pula adalah Susu Pekat Manis di Korea !!!
Hahaha...cute kan??? Tak smpai hati nak guna sebab mcm krim pencuci muka kita disini....hahaha..kalo u oll simpan benda di dalam bilik air..konpomm org tu fikir ni pencuci muka..tak pun masker muka....hahahaha..gilerrrr tulll...(^_^)

Daaaa....

♥ KaSut PerHiaSan KaKi ♥

KASUT antara aksesori yang gemar dihimpun dan sering ditukar ganti mengikut kesesuaian persalinan. Seperti beg tangan dan perhiasan lain, himpunan kasut juga dikatakan mampu mencecah ke puluhan ribu ringgit.

Kedengaran agak pelik, mengapa perbelanjaan tinggi sanggup dilaburkan demi mendapatkan kasut yang pakai di kaki. Apa kelebihannya kasut mewah ini berbanding dengan kasut yang dilambakkan sepanjang jualan lelong mahupun pasar malam?

Tahan lama dan keselesaan adalah antara faktor utama yang diambil kira sehinggakan ramai yang sanggup berbelanja lebih hanya untuk sepasang kasut.

INFO
Panduan memilih kasut
  • Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Ini kerana otot di kaki waktu itu mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika bersukan.
  • Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki. Pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki.
  • Pilih kasut yang tidak `menggigit' bahagian ibu jari kaki.










Panduan memilih kasut bertumit tinggi

  • Seeloknya tumit tinggi tidak melebihi dua inci (5 sentimeter) memandangkan tumit mampu memberi impak jangka masa panjang terhadap tulang dan postur tulang.
  • Tumit terlalu tinggi, membuatkan kaki seolah-olah menjunam. Ia menyebabkan pemakai berasa penat ketika berdiri atau berjalan terlalu lama kerana terpaksa menahan berat badan.
  • Jika kasut bertumit rendah tidak mampu menyuntik keyakinan pada diri, cuba beralih kepada wedges. Ia mampu membuatkan anda nampak tinggi, wedges juga memberikan keselesaan mendatar kepada pemakainya.


Sumber dari Akhbar Berita Harian

♥ KeLeBiHaN KaLiMaH ~ BisMillaH ♥



“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”

Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan

Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :

“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”
Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

 Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-

1 Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.

2
Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.

3
Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.

4
Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut.

5
Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.

6
Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.

7
Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.

8
Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.

9
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.

10
Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.

11
Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.

12
Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembahyang Jumaat dengan bersedekah semampunya. Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada- mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi. “Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ……. ” Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.

13
Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti : ” Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”.

14
Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.

15
Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.

16
Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.

17
Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

♥ Followers Yg Setia ♥