SaLam LeBaRan 2012

Assalammualaikum WBT...wahhh lamanya aku menyepi, hehehe sibuk dengan banyak benda sampaikan nak update blog pun tak sempatt...Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin...atas semua kesilapan tingkah laku dan bicara ku selama ini...
Aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...harap tiada yang terguris hati ya :))

Mmmh...Raya tahun 2012 ni memang aku sangat sibuk walaupun tidak menyambut perayaan ini di rumah sendiri...hahaha...apa ceritanya?? nantikan cerita ku di coretan akan datang....okiesss....so buat masa ini aku nak sambung beraya dulu dengan family sbb tahun ni memang banyak sikit jemputan raya...hahaha....so jumpa lagi k...Semoga bergembira dan dimurahkan rezeki dari Allah SWT...tata..titi..tutu :))



♥ Bayi RiNi (Af7) KriTiKaL SelePas 2 HaRi DiLaHirKan...:'( ♥

Sedihnya hati terbaca cerita ni dalam Berita Harian Edisi Sabah hari ni 15 Ogos 2012 (Rabu)...tak cukup dengan membaca akhbar, Reen try Google lagi dalam internet...Memang banyak post-post dari blogger berkenaan peristiwa sedih ni....


Ibu mana yang tak gembira dengan kehadiran 'Cahaya Mata' dalam perkahwinan..apalagi cahaya mata pertama...Tapi pengalaman melahirkan memang cukup memenatkan badan dan perlukan rehat secukupnya...Sepatutnya dalam keadaan baru melahirkan para Hubbu diluar sana bertanggungjawab take care para Isteri taw....Mmmh, sudah terjadi sebegini jangan asyik menuding jari pada c Ibu, mengatakan yang Ibu ni tdk prihatin lah..tidur mati lah...tertendang anak lah...huhuhu kita tidak tahu Qada dan Qadar dari Allah SWT....sepatutnya kita bantu untuk menenangkan hati Ibu yang bergolak hebat gara-gara ujian yang diterimanya ini...Alangkah baiknya kalo kita berkata yang baik-baik untuk anak tersebut agar semuanya selamat....

Cahaya mata sulung Rini AF7 ini terpaksa dimasukkan ke Wad Kecemasan selepas dipercayai lemas akibat jatuh dari atas katil pada 11 Ogos yang lalu...Bayi perempuan Rini dilahirkan melalui kaedah pembedahan kerana saiz dan berat bayinya adalah 4.25kg...(mmmh sihatnya kaannn....)...Nama yang diberi ialah Maryam Joanna...(nama pun cantik....).

Maryam Joanna kini berada di Hospital Kajang dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Berita ini disahkan Rini yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu. Bercerita tentang tragedi ini, Rini berkata kepada Portal Murai :-

"Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.  Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu katanya dalam sedih ketika dihubungi murai.com.my.  Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya.  Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah.  Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.  Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan".
  
Sungguh berat dugaan yang dihadapi Rini dan suami di bulan Ramadhan yang mulia ini..Dalam tempoh 4 hari lagi kita akan menyambut Bulan Syawal dan doa Reen semoga Maryam Joanna akan cepat sedar dan sembuh seperti sedia kala....Dan kita berdoa lah bersama-sama untuk kebahagiaan keluarga Rini ya...Amin ya Rabbal al Amin :)

Apapun yang terjadi kita sebagai hamba Allah SWT telah berusaha dan perlu Redha dengan ketentuan darinya...kerna setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah tersirat disebalik peristiwa itu....


# Sumber : ~ http://www.murai.com.my, malaysiandigest.com dan terbakor.com

♥ LuncH WitH My BFF ~ KeNNy RoGers RoasTers ♥

Salam pertemuan sekali lagi ya..terima kasih kerana sudi membaca coretan ringkas Reen ini untuk bacaan ringan semua...Sebenarnya apa yang tercoret disini, telah menjadi satu kenangan indah antara Reen dan sahabat-sahabat baik Reen, c Umiy Izzah dan Miley...semoga persahabatan yang terjalin akan sentiasa terpelihara...amin :)

Biasanya bagi kakitangan awam seperti Reen, masa rehat pada hari Jumaat adalah masa rehat yang panjang...maklumlah masa rehat bermula pada jam 11.30 pagi hinggalah ke 2.00 petang..So, pada waktu makan tengahari pada suatu hari Jumaat yang lalu, Reen dan BFF yang dua orang lagi tu plan pegi makan-makan di luar pejabat..fikir punya fikir so kami putuskan untuk makan di Restoran segera Kenny Rogers Roasters yang terletak di tingkat bawah Centre Point Sabah...hihihi :)

Sebenarnya malu juga nak mengaku tapi inilah kali pertama Reen masuk dan makan di restoran ni...bukannya apa memang tak terlintas nak singgah makan disini dan satu sebab lain, Reen selalu dengar gossip yang restoran ni makanan nya kurang enak dan harganya mahal...Tapi nampaknya apa yang deperkatakan itu kurang benar 100% sebab bagi pendapat Reen secara peribadi, rasa makanannya enak juga dan harga yang dikenakan turut berpatutan...sama seperti kita makan di Pizza Hut atau pun KFC, Mcdonald, Fish & Co, Secret Recipe, Starbuck dan lain-lain....(itu pendapat peribadi tawww!!!..ngee~)

So bila dalam restoran tu sempat juga Reen dan kawan-kawan snap photo2 yang cun2 untuk kenangan...hahaha...gilerrrr, macam orang Jakun pula..tapi saja jak sbb untuk suka2 kan...Makanan kami kira tak banyak sangat yang diorder tapi pelbagai...dan kami amalkan perkongsian makanan dan minuman agar tiada pembaziran...sedikit malang sebab sewaktu kami makan di Restoran Kenny Rogers ni bekalan coklat mereka kehabisan so...nak minta hidangan yang ada coklat2 ni tak dapat....

Apapun kami bertiga memang hepi dan enjoy the food...diharap Allah sentiasa mempermurahkan rezeki kami dan keluarga...sebab akan datang Reen plan untuk bawa anak-anak dan suami pula untuk menikmati hidangan di restoran ini....insya-Allah (^__^)

Minuman perisa Caramel...kongsi 3 taw!!! hahaha :)

Vanilla & Chocolate Muffins..yummmy :)

My order...yang paling YUMMY is Cheese Macaroni nya!!!!

sempat juga order bread....fuuh!!

Order Umiy Izzah...Kentang lenyek boleh tahan!!!

Our dessert...Cheese Cake!!! (^,^)

Me & Miley...hehehe tudung same kaler !!!

Umiy Izzah & Me....

sempat minta tlg waitress ambikan photo kmi br3...

sibuk dengan HP.....:)
Pun sibuk dengan HP.....:P

Reen pula sibuk brgambar..hehehe :)

♥ KeLebiHan BerSeDeKaH ♥

“Dan belanjaknlah ( dermakanlah ) sbahagian dari rezeki yg Kami berikan kpd kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )
♥♥ HURAIAN 
 Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam. 
 

♥♥ PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 ) 
 

♥♥ DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK 

Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )


♥♥ MENOLAK BALA BENCANA
 Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )


♥♥ SELAGI PELUANG MASIH ADA

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )





Sumber disunting dari http://izzeyda-info.blogspot.com

♥♥ 4 MANFAAT SEDEKAH
1.  Mengundang datangnya rezeki
2.  Menolak bala / musibah
3.  Menyembuhkan penyakit
4.  Memangjangkan umur

♥ SaLam RaMaDhan 1433H ♥

♥♥ Assalammualaikum WBT dan salam sayang semua..lama juga Reen menyepi dari update blog Reen ni kan..hehe..bukan lupa cuma Reen sibuk sikit dengan tugasan harian sebagai Pekerja Pejabat dan juga Ibu Isteri di rumah...Apalagi dengan kehadiran Puteri Reen yang kini mencecah usia 11 bulan...lagilah Reen ligat melayan karenah nya dirumah...Apapun blog Reen ni sebenarnya tetap di hati dan insya-Allah takkan dibiarkan sunyi sepi sebegitu lama...

Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi...Syukur alhamdulillah kita masih diizinkan oleh-Nya untuk terus menemui Ramadhan kali ini dan berpeluang menambah amal ibadat di bulan yang mulia ini....Untuk itu, Reen dan keluarga tercinta ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Puasa di Bulan Ramadhan yang amat mulia ini...semoga kebaikan yang lakukan di bulan mulia ini akan menambahkan pahala buat kita sekeluarga sebagai bekal di hari kemudian....♥♥

♥♥ Bersama-sama ini Reen kongsikan lafaz niat puasa sebulan, lafaz niat puasa seharian, doa ketika berbuka puasa dan doa selepas berbuka puasa untuk kita sama-sama mengamalkannya ya...

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan
niat puasa sebulan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala


Lafaz Niat Puasa Harian
niat harian puasa ramadhan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Lafaz Doa Berbuka Puasa
lafaz doa berbuka di bulan ramadhan
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa

doa selepas berbuka puasa
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

♥ Followers Yg Setia ♥