♥ BaHaYa MinuMan SoDa ♥

Sudah acap kali kita dikhabarkan tentang keburukan minuman berkarbonat terhadap kesihatan. Bagi yang menggemari minuman ini, anda perlu lebih berhati-hati lagi kerana bahan kimia yang terdapat di dalam bahan pewarna karamel yang biasa digunakan dalam pemprosesan minuman soda dikatakan boleh menyebabkan kanser.


Karamel semula jadi diperbuat daripada gula, namun sebagai pewarna makanan, biasanya ia akan ditambahkan dengan bahan kimia ammonia dan menghasilkan sebatian yang terbukti dapat menyebabkan pelbagai penyakit kanser. Perkara ini dibuktikan di dalam kajian yang dilakukan terhadap haiwan oleh Pusat Sains dan Kepentingan Umum (CSPI), Kanada dan Washington D.C.

Kumpulan pengkaji tersebut juga membuat petisyen kepada Badan Pengawalan Makanan dan Ubat-ubatan US tentang larangan penggunaan karamel yang mengandungi amonia yang biasa digunakan di dalam minuman ringan lain yang berwarna gelap.

Dari aspek lain, soda masih merupakan penyebab masalah utama kesihatan di dunia iaitu obesiti. Reaksi kimia antara gula dan amonia dapat membentuk karsinogen dan mungkin boleh menyebabkan jutaan penduduk menghidap kanser.


Selain itu, disebalik kesegaran minumannya ia boleh mengurangkan sistem kekebalan badan anda. Jika anda termasuk orang yang sering minum minuman bersoda, sebaiknya segera kurangkan ia dari sekarang. Ketahuilah empat alasannya, seperti berikut:-


1 Kurang nutrisi
Orang yang suka minum minuman bersoda, nutrisi dalam tubuhnya seperti vitamin A, kalsium dan magnesiumnya cenderung untuk kurang. Itu kerana soda mengandungi asam phospor yang menghilangkan kalsium dan magnesium. Padahal, kedua nutrisi tersebut sangat penting untuk memelihara sistem kekebalan tubuh atau imunisasi agar berjalan baik.

2 Radikal bebas
Soda mengandung sirap jagung tinggi, fruktosa dan zat radikal bebas. Keduanya boleh mencetuskan kerosakan rangkaian tubuh, diabetes, serta komplikasi penyakit.

3 Bisphenol A (BPA)
Terdapat beberapa botol plastik bungkusan minuman bersoda mengandung racun kimia yang disebut Bisphenol A (BPA). Racun tersebut boleh larut dalam soda dan boleh masuk ke dalam tubuh saat anda meminumnya. Beberapa bukti menunjukkan BPA mencetuskan pelbagai penyakit, termasuk penurunan sistem kekebalan tubuh.

4 Diet soda boleh menyebabkan berat badan bertambah
Minuman soda jenis “diet soda”, sebenarnya bukan minuman yang sihat. Justeru dengan mengambilnya berat badan boleh bertambah. Satu kajian terhadap 1,550 orang menyimpulkan bahawa orang yang minum diet soda memiliki 41% peningkatan risiko peningkatan berat badan atau obesiti, untuk setiap botol yang mereka minum per harinya. Ini kerana, rasa manis buatan membuat isyarat sel tubuh untuk menyimpan lemak dan karbohidrat, yang membuat anda merasa lapar. Rasa manis juga mempromosikan pelepasan insulin, yang menghalang keupayaan badan anda untuk membakar lemak.

Sumber daripada http://izzeyda-info.blogspot.com

♥ Jom MuLaKaN HaRi DgN AiR SuAm & LeMon ♥

Tetiba terbaca satu artikel berkenaan satu rutin yang bagus untuk kita amalkan setiap hari..Hehe..kadang-kadang memang Reen amalkan juga minum "Air Suam" sesudah bangun tidur tanpa memberus gigi...dikatakan enzim yang terdapat dalam mulut sewaktu bangun tidur adalah amat baik untuk kesihatan dalaman dan awet muda...hahaha...tp kadang-kadang jak Reen buat sbb selalunya memang Reen terlupa....Apapun rutin pagi kita sebenarnya amat penting dalam memulakan hari kita sebelum pergi ke kerja. Kesihatan diri perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.

Kebiasaan di tempat kita, meakman makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti Teh Tarik adalah kombinasi yang wajib. Kalau sekali sekala tidak mengapa tapi kalau dah dalam seminggu 4-5 kali...Mmmmh...pengambilan lemak dan gula berlebihan seperti ini mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti...hahaha...tak takut ker???? ♥♥♥♥

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian kita ke arah yang lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikan kombinasi tersebut. Antara sebab-sebab yang baik untuk kita amalkan rutin ini adalah :-



♥ Menambahkan daya ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

♥ Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

♥ Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

♥ Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

♥ Pembersihan air kencing ♥
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik). Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

♥ Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

♥ Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

Apapun yang kita kongsikan Reen yang dengan kesederhanaan dalam pengambilan makanan yang diperlukan oleh badan kita kerana kalau terlebih pun makanan berkhasiat yang kita ambilkan pasti ada kesan sampingan yang akan kita alami...boleh diamalkan setiap pagi Minuman Jus Lemon Suam ni tapi bukan diamalkan sebagai minuman harian kita...so selamat mengamalkan petua ini ya :))

♥ 6 KaEdaH MeRaWaT HaTi ♥

1) Membaca Al-Qur’an dan zikrullah ♥♥♥
Ubat yang mujarab untuk merawat hati adalah zikrullah. Caranya adalah dengan membaca al-qur’an. Ketahuilah bahawa hati yang tidak pernah diterangi dengan membaca al-qur’an adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Itulah hati yang tertutup dan terhalang dari rahmat allah SWT.

2) Merendah diri dan menangis di hadapan Allah ♥♥♥
Ingatlah betapa besarnya dosa kita yang telah memisahkan antara diri kita dengan Allah. Oleh itu rajinkanlah diri membaca ayat al-qur’an yang mengandungi ayat ancaman, membaca kitab-kitab yang menceritakan tentang hari akhirat dan ceramah-ceramah agama yang mana kesemuanya itu akan dapat melembutkan hati kita. Bersikaplah kepada Tuhanmu selayaknya seorang yang sangat memerlukan diri-NYA.

3) Menghadiri majlis ilmu ♥♥♥
Usah membawa kaki melangkah menuju ke tempat-tempat yang mungkar. Tindakan itu menjadi faktor utama yang merosak dan mengeraskan hati. Ketahuilah bahawa ilmu merupakan ibadah bagi hati. Oleh itu banyakkanlah menghadiri majlis-majlis ilmu.

4) Mengingati mati ♥♥♥
Para ulama berkata, ”Zikrul maut dapat mencegah dari perbuatan maksiat, melunakkan hati, menghilangkan rasa cinta terhadap dunia dan sedih terhadap musibah. Kerana kematian adalah peringatan dan pemisah manusia dari segala yang dimilikinya.”
Mengingati mati amat berkesan dalam menangani masalah panjang angan-angan.

5) Menyaksikan sakaratul maut ♥♥♥

Para ulama juga berkata, ”Memperhatikan keadaan mayat saat sakaraul maut dan sesudah mati akan menyedarkan kita ngerinya kematian yang memutuskan semua nikmat. Hati tergoncang, mata tdap dapat terpejam dan badan tidak sempat beristirahat. Kita akan terangsang untuk beramal dengan bersungguh-sungguh dan rela bersusah-payah.
Jika noda hati terlalu banyak dan sudah berkarat serta begitu kuat keinginannya untuk melakukan dosa, hendaklah dia melakukan cara yang ke enam di bawah ini.

6) Menziarahi kubur ♥♥♥

Ini merupakan cara yang paling ampuh untuk mengubati hati yang keras, yang tidak dapat disembuhkan dengan cara-cara sebelumnya.
Menziarahi kubur mempunyai kesan yang amat besar. Pengaruhnya begitu cepat dan lebih nyata.

♥♥♥ Renungkan nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan:
a) Dahulu dia menikmati pemandangan yang dilihat. Kini matanya telah tertanggal.
b) Dahulu perkataannya begitu fasih. Kini cacing tanah telah memakan mulutnya.
c) Dahulu dia selalu ketawa. Kini giginya hancur terbenam tanah.



Share from : https://www.facebook.com/HambAlllah

✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Kasih Allah Kasih Sejati Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ✿ ~

~✿ Inilah Bayi Perempuan Matahari Dalam Cerita Teletubies ✿ ~

Tentu kita semua masih ingat dengan siri Teletubbies bukan, yup sebuah acara televisi untuk anak-anak ini selalu kita tunggu di setiap kesempatan, tingkahlaku 4 sekawan, iaitu Dipsy, Laa-Laa, Po, dan Tinky Winky, namun jarang yang peduli tentang salaah satu peranan tambahan dalam teletubbies iaitu the sun, masih ingat dengan sang matahari itu kan? Sebuah matahari dengan wajah seorang bayi dengan tawanya yang selalu menghiasi acara tersebut dan nampak makin ceria.
 
Kali ini kita berkenalan langsung dengan si bayi pemeran matahari di teletubbies, dia adalah Jessica Smith, kini sudah dewasa....hehehe 


Sumber : http://generasiperkasa.com


♥ Followers Yg Setia ♥