♥ Agar-Agar Susu PanDan ♥

Waaah..pencuci mulut kali nie yang Reen nak kongsi ialah Agar-agar Susu Pandan..hehehe dlm acuan jagung gitu...hihihi :)

Tak susah sebenarnya nak buat...cuma perlukan semangat dan kerajinan saja untuk prepared smua ni dan akhirnya...senyuman manis terukir di bibir sebab anak-anak suka makan...

Okey sekarang Reen kongsi yeah apa bahan-bahan yang Reen gunakan untuk menyiapkan resepi agar-agar ringkas ni, mana tahu ada yang berminat nak cuba juga...dipersilakan k...

♥ Bahan-Bahan ♥

♥ Serbuk agar-agar Plain 10gm
♥ 500 ml air / air secukupnya
♥ Gula Pasir 5-6 sudu makan atau semanis rasa
♥ 1/2 Tin Susu Cair...kalo nak guna 1 tin pun takder hal (>__<)
♥ 1/2 kotak Santan (beli santan express dalam kotak kecil jak...)
♥ Esen Pandan 1 sudu kecil (express...sorry aku tak dapat nak cari Daun Pandan yg original....)
♥ 2-3 titik pewarna Hijau Epal

******

♥ Cara membuatnya ♥

♥ Panaskan air dan masukkan Serbuk Agar-Agar Plain ke dalam air dan masak menggunakan api kecil saja yeah...

♥ Tambahkan Gula Pasir, kacau sehingga larut dalam air tadi kemudian tambahkan Susu Cair.

♥ Selepas 1-2 minit masukkan Santan tadi dan kacau perlahan-lahan hingga campuran sebati sehingga mendidih.

♥ Setelah itu tapis dan asingkan 1/2 adunan masakan yang berwarna putih susu.

♥ 1/2 adunan masakan yang berbaki tadi akan ditambah Esen Pandan dan Pewarna Hijau Epal. Masak dalam lebih kurang 1 minit untuk memastikan gaulan sebati.

♥ Tapis dan tuangkan adunan berwarna hijau epal ke dalam bekas yang digemari dan bekukan sebentar ke dalam peti ais lebih kurang 5-10 minit. Setelah itu keluarkan dari peti ais dan cakarkan permukaan adunan menggunakan garpu...sikit saja tau....

♥ Akhir sekali baru letak adunan yang berperisa susu atas adunan yang telah beku tadi.

♥ Sejukkan semula dalam peti ais untuk dinikmati sejuk dalam tempoh 1-2 jam...


Muaaaah...selamat mencuba (^_^)

♥ KunTuMan Lili ♥



Salam sayang semua..huuuu, lama juga Reen tak update blog Reen nie tentang bab sulam manik..bukan dah stop tapi sejak setahun lalu memang Reen tak buat apa-apa aktiviti memanik, disebabkan pembawaan 'baby' lah mungkin..mahu tengok kotak manik pun Reen malas...hahaha...tapi insya-allah tahun nie aktiviti manik Reen ini akan bergerak aktif semula..

Sebenarnya banyak juga permintaan untuk kawan-kawan yang minta jahitkan labuci dan manik ni tapi Reen terpaksa tolak sebab 'malas' yang melampau time2 tu...awal tahun 2012 sudah ada kawan-kawan yang bertanya kalau Reen dah boleh terima tempahan tapi Reen hanya senyumm..apa maknanya ya?? hihihi >__<

Reen bukannya pakar sangat nak menjahit labuci dan manik nie cuma ini adalah salah satu hobi Reen...apapun selagi ada kesempatan Reen akan berkongsi hobi ini dengan anda semua ya :)



♥ DoSa DaLaM PerKahWiNan ♥

Sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?
Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari. Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita. Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini. Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak “jika” untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak. Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah dapat pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
“Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua.”
Ada juga yang berkata:

“Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin.”
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu perlu ditanya pada diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan? Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat.” - (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa.” - (Surah Thaha: Ayat 132)
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini. Ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.

Aku nikahkan Dikau …… dengan anak ku …..
Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”
Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa. Wallahualam.

# Sumber ~ http://myibrah.com

♥ KhaSiat Buah-BuaHan Vol. 3 ♥



AVOKADO
Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung - Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak.

Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakit lenguh-lenguh tulang.

Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.




BELIMBING BESI
Merawat Kencing Manis -Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae.

Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

Penyakit darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang saling berkait rapat. Begitu juga dengan sakit jantung dan kegagalan buah pinggang. Biasanya, jika anda mengalami penyakit kencing manis, risiko untuk dihidapi 3 penyakit yang dinyatakan tadi amat tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda tak kawal paras gula dalam darah.

Manakala sakit tekak pula merupakan gejala biasa yang dialami oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bila dah sakit tekak, biasanya ia akan disusuli pula dengan batuk dan bersin.

Bagi masalah kencing tak lawas, ia terjadi akibat berlakunya jangkitan pada saluran kencing. Kesannya, anda yang menghidapnya mungkin :-

* Sukar untuk menahan kencing,
* Tak dapat kepuasan yang sepatutnya semasa kencing,
*Terasa pedih dan panas sewaktu kencing,
* Kekadang akan mengalami kencing berdarah
* Mengalami demam dan
* Sakit pada bahagian ari-ari




STRAWBERI CANTIK..strawberi sedap dan berkhasiat.
Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.

Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.
Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.
Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.


PIR @ PEAR
Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.



PISANG KAKI
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.



KIWI
Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.


# Sumber ~ Berita Harian, http://drrozmey.wordpress.com, http://petuasejagat.blogspot.com

♥ FunGsi BaHan PeNaiK ♥


Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah Serbuk Penaik (baking powder), Serbuk Soda Bikarbonat (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan Serbuk Tartar (cream of tartar).

Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.


Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid.
Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

(^___^)


# Sumber ~ http://resipinoraini.blogspot.com/

♥ Khasiat Buah-Buahan Vol. 2 ♥




TEMBIKAI
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya:-
* sakit kepala,
* penyakit paru-paru,
* masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.


LABU
Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.

Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu. Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.


*****
Pelbagai Khasiat Labu

Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.

Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.


TOMATO
Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :

* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah



LEMON
Mengandungi kandungan vitamin C yang banyak.
Antara khasiat limau lemon ialah:

* Jika diminum air rebusannya, boleh dijadikan sebagai rawatan masalah pernafasan dan sakit belakang.
* Juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus.
* Dipercayai dapat mengubati demam panas.
* Kepingan limau segar atau kering yang dicampur bersama air didih atau direbus, dapat mengubati masalah:
- gastric yang kronik,
- batuk,
- tiada selera makan,
- muntah-muntah,
- bronchitis dan angin di dalam perut.




EPAL HIJAU
Mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Boleh membantu mencegah :-

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.


# Sumber ~ http://tip-untuk-semua.blogspot.com/

♥ BaLiK KamPunG NaiK KereTapi ♥

Bagaimana hendak digambarkan perasaan gembira anak-anak kerana hasrat hendak menaiki Keretapi Negeri Sabah siri 'baru' ini tercapai juga...terutama anak kedua Reen, Pooh memang dari malam sebelumnya sudah rasa terlalu teruja sehingga kan asyik2 bertanya "bila kita mau naik keretapi ni Mama"?....Aduh memang penat lah hendak menjawab soalan Pooh yang bertubi-tubi...
~ Keretapi lama yang tersadai di Stesen Keretapi Beaufort ~
 *****
Perjalanan bermula pada petang Bulan Ramadhan.....

Sebenarnya Reen dan anak-anak bercadang untuk balik ke kampung halaman Reen pada bulan Ramadhan untuk menikmati buka puasa bersama keluarga Reen di kampung..(anak-anak hendak berbuka puasa di rumah nenek lah katakan... :-)

Jadi kami menaiki Keretapi Negeri Sabah yang akan bertolak dari Stesen Keretapi Tanjung Aru menuju Stesen Keretapi Beaufort pada jam lebih kurang 1.30 petang...dan di jangka sampai ke destinasi pada jam 4.00 petang...so dapatlah kami singgah sekejap di Bazaar Pekan Beaufort untuk membeli sedikit juadah untuk berbuka puasa nanti... :-)




Kesian juga huby sebab tidak dapat turut serta dalam ekspedisi singkat ini...hahaha sebab huby terpaksa jadi 'driver' untuk hantar dan ambil kami dari stesen keretapi...
Sejurus kami melangkah masuk dalam gerabak keretapi ni memang terpancar keriangan di wajah anak-anak... terpegun pun ada dengan keadaan dlm gerabak memang berbeza daripada keretapi lama (hihihi like jakun lah pula)...fully air-cond, kerusi yang cantik... persis dlm kapal terbang lah pula rasanya...tingkap cermin untuk memudahkan kita melihat pemandangan luar di sepanjang perjalanan nanti....waaaaah (^__^)



Tambang pun berpatutan dan menjimatkan..kalau balik kampung dengan kereta sendiri kena beli minyak kereta dalam RM20.00 - RM30.00...begitu juga kalau naik bas, tambang pun dah mahal juga. Tapi dengan menaiki keretapi ni, tambang untuk Reen dan anak-anak tak sampai pun RM10.00...Nampaknya, peminat setia keretapi semakin hari akan semakin bertambah terutamanya di musim perayaan pada masa depan....lagipun perjalanan selamat sikit, kurang kita dengar kemalangan keretapi berbanding kemalangan jalan raya kan???

Dengan keadaan yang selesa perjalanan jauh tidak terasa...banyak-banyak stesen, Reen dapati Stesen Keretapi Papar yang ramai sangat orang turun dan naik...sampai hampir penuh keretapi di buatnya...
Insya-Allah diharap pada masa akan datang kalau ada kelapangan yang sesuai rasanya Reen akan membawa anak-anak lagi menaiki keretapi....kali ini mungkin perkhidmatan yang sedia ada akan di tambah baik...contohnya di pasangkan TV untuk tontonan penumpang agar tidak bosan sepanjang perjalanan...

♥ Antara Fadilat Surah Alam Nasyrah ♥


BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan...Wallahualam...(^__^)

♥ Khasiat Buah-Buahan Vol. 1 ♥


♥ Pisang ♥
Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.


♥ Mangga
Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.


♥ Epal
Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.


♥ Oren
Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

♥ Anggur/Kismis
Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.


# Sumber ~ Berita Harian

♥ RuMah TerBuKa RaYa 2011 ~ HusNa & HarTiNi ♥

Huuu...assalammualaikum smua teman2...Cepatnya masa berlalu, tidak terasa tahun 2011 telah berlalu sepantas kilat...:)

Raya pada tahun 2011 telah jatuh pada bulan September...Reen pula sedang sarat mengandung waktu tu (tengah menghitung hari lah katakan) ....

Raya tahun 2011 Reen tak berapa ada hati sangat nak meraihkannya, belanja raya pun ala kadar..Reen hanya sibuk menyediakan persiapan raya buat dua anak jejaka Reen...hahaha perhiasan rumah?? Kosong....rumah Reen langsung tak berhias tahun 2011 cuma on 'color light' jak di beranda luar rumah sebab Reen sebenarnya sibuk menanti 'kedatangan' orang baru..lagipun memang plan Reen tak jemput sesiapa utk raya tahun tersebut ke rumah....biskut raya pun Reen kureng buat cuma sempa buat biskut Makmur ja, itupun atas permintaan c Papooh (biskut kegemaran dia tuuu....hihihi)..ada juga Reen order dari Tawau tapi untuk mkn sendiri dan 2-3 kontena buat Mama di kampung.....

Oleh kerana Reen tengah sarat pada waktu raya tu maka pergerakan Reen untuk beraya ke rumah kawan-kawan juga agak terhad..malah Reen tak ambil cuti pun time raya tu, cuma bercuti pada Cuti Umum Raya yang diberikan oleh kerajaan...2 hari...

Reen sempat menghadiri Rumah Terbuka Raya 2 orang kawan Reen satu pejabat iaitu Cik Husna dan Pn Hartini...memang best sebab makan Reen tak berpantang..hahaha...kan belum bersalin lagi...apapun Reen ucapkan tahniah buat keduanya kerana berjaya menjayakan rumah terbuka masing-masing...dan TQ kerana sudi menjemput utk beraya...sempat juga Reen ambil beberapa gambar kenangan semasa berkunjung ke rumah kedua-duanya....(^___^)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin :))


♥ dI rUMAH hARtInI.....♥


♥ dI rUMAh hUSnA ♥....

♥ MaMa JuMaiRah Dan MaMa ReeN...♥

♥ Tips Mengetahui Perempuan Masih DARA atau TIDAK..Vol.2 ♥

♥ PUNGGUNG ♥
Punggung gadis berubah melalui 2 proses:
1. Punggung gadis menjadi besar kerana proses hormon.
2. Punggung gadis menjadi besar kerana lelaki.

Punggung yang sudah kena sentuhan lelaki akan menjadi besar, lebih2 yang sudah melakukan hubungan kelamin. Punggung gadis yang masih suci walaupun gemuk ia masih kelihatan cantik, sebab masih kental dan tegang serta tidak lesu dan jatuh. Cuba perhatikan pinggang gadis, kalau pinggangnya masih ramping dan punggung tidak besar, tidak montok dan kenyal pada punggungnya. Kalau berjalan punggungnya tidak goyah sebab dagingnya masih solid dan tidak lembut kalau dipegang (jangan pegang sesuka hati, nanti ada yg makan penampar =D), maksudnya dia masih suci. Bagi yang pernah melakukan hubungan seks, punggungnya memang berisi dan besar tetapi tidak kental, punggungnya nampak jatuh, lebih2 ketika berjalan, goyangannya tidak melantun. (jangan imagine lebih2 plak :p)

Kenapa punggung gadis yang pernah melakukan hubungan badan nampak sedikit jatuh? Disaat melakukan hubungan seks, lebih kurang 90% hormon yang ada di bahagian punggung akan tertumpu kebahagian kemaluan, sebab di masa klimaks, punggung gadis menjadi tegang.
Apabila sudah habis melakukan hubungan punggung yang tegang akan mengendur semula dan ini menyebabkan punggung menjadi kendur dan jatuh. Lebih kerap gadis itu melakukan hubungan seks, punggung akan semakin jatuh dan lesu, leper. Wallahu a’lam.

♥ TELINGA ♥
Telinga termasuk salah satu panca indra yang boleh digunakan untuk mengetahui samaada gadis itu masih suci atau tidak. Di negera China telinga sebagai peramal untuk mengetahui penyakit didalam tubuh seseorang. Gadis yang tidak pernah disentuh oleh lelaki, telinganya cantik dan nampak bersih, kalau gadis itu pernah disetubuhi atau telinganya pernah digigit atau dicium dan disentuh, secara automatik bentuk telinga gadis itu akan berubah menjadi lebih leper sedikit dan tidak lagi kemerah-merahan dan menjadi pucat. Bagi gadis yang masih suci tapi pernah kena sentuh lelaki, pucatnya tidaklah ketara sangat.

Wallahu a’lam.


# Sumber ~ http://generasiperkasa.com

♥ Followers Yg Setia ♥