Raya 11.10.2008 - My HoMe

Lama sangat dah nak menguplodkan gambar yang Reen ambil masa rumah terbuka yang Reen buat dekat rumah pada tahun 2008...tapi selalu sangat tak ingat nak berbuat dmikian...huhuhu akhirnya dapat juga. Ramai juga tetamu yang datang, sampai tak cukup tangan nak melayan..ngam2 hubby pula teda dirumah untuk membantu, iyelah dia keja...
Family Reen dari kampung pun ada datang...cuma oleh kerana sibuk melayan tetamu, Reen terlupa nak ambil gambar kenangan untuk tetamu lain yang turut sama datang memeriahkan majlis raya rumah terbuka Reen yang simple nie....Semua masak sndiri tau...hehehe :))
Apapun Reen ucapkan terima kasih pada semua teman2 dan sanak saudara yang sudi bertandang ke rumah Reen...lain raya datanglah lagi k....
Salam sayang.....

V Beriring


Sudah sekian lama Reen tidak berkesempatan meng'uplodkan' gambar terbaru corak manik hasil tangan Reen ini...Sebenarnya ada beberapa gambar lagi dalam koleksi Reen yang belum Reen kongsikan bersama teman-teman semua. Tapi ya, insya-Allah Reen akan meng'uplodkan' hasilnya dalam sedikit masa lagi utk dikongsi bersama jika ada kesempatan....

Hasil ni Reen nama kan V Beriring...sebenarnya corak ni tidak sesukar mana bagi Beaders yang dah cun dengan beading-beading project ni kan...Reen sedar apa yang Reen hasilkan ini belum cukup 'voke' tetapi apapun ia adalah hasil tangan Reen sendiri...hahaha...so Reen harap semua enjoy....:-D

RaYa OpeN HouSe S/U PerSeKuTuAn SaBaH 2009

Hari Raya Aidil Fitri sudah berlalu namun kenangan yang tercipta tetap dalam ingatan kita sepanjang hayat, insya-Allah...

Tahun 2008 Reen tidak ada kesempatan untuk datang ke rumah terbuka Hari Raya anjuran Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah. Namun pada tahun ini, tahun 2009 kesempatan yang ada Reen tidak sia-siakan..Bukan makanan dan minuman yang Reen kejar tetapi Reen nak melihat suasana Raya yang meriah dan silahturrahim yang terjalin antara tetamu yang hadir...Gerai-gerai yang ada menyajikan pelbagai juadah untuk semua tetamu yang hadir...memang best, cuma rasanya 'venue' tidak sesuai, sempit sangat membuatkan ramai orang yang datang berasak-asak...
Keadaan pada setiap Open House dimana-mana pun keadaannya memang lah sesak kerana kunjungan orang ramai yang tidak putus-putus...Namun itulah kemeriahannya, bayangkan kalau Majlis Rumah Terbuka tidak ada orang yang ingin datang sebagai tetamu...mmmmh mesti keadaannya sunyi dan suram...Aduuuuh...sedihnya rasa..
Disini Reen titipkan beberapa gambar kenangan yang sempat Reen abadikan bersama teman2 Reen...Kemeriahan dan kepenatan jelas terserlah. Bagaimanapun yang penting HAPPY....

Selamat Mencuci Mata wokey :-D









♥ Followers Yg Setia ♥