KeTuPaT DuO ToNe & SingLe LaYer KeSuMa

Bertemu lagi..tis time Reen jahit manik ala-ala ketupat punya design..So kawan2 dapat lihat hasil jahitan manik yang simple ni..Banyak cara nak design bentuk ni. Untuk jahitan manik Single Layer Kesuma ni pula Reen sebenarnya saja reka-reka design ni. Ini adalah antara hasil jahitan manik Reen yang terawal sekali...Maybe tak silap Reen ciptaan ni dalam tahun 2006 yang lalu...Tapi Reen suka sangat walaupun simple ia tetap bertahan shiny till now..
# KETUPAT DUO TONE
# SINGLE LAYER KESUMA

MusTaQim VaLLey

Sebenarnya Reen plan nak jahit manik jenis yang lain pada kain batik ni tapi sayang jugak dengan stok manik yang sedia ada dan belum digunakan lagi...So Reen fikir2 punya fikir Reen just jahit manik ni menggunakan manik yang sedua ada...Memang simple sangat compare to the batik design..Selamat mencuba wokey.


Green PiRaMiD-DuO ToNe & AuRoRa FLoWeR

First time jahit manik bentuk piramid..sweet shiny flower tu untuk penyeri saja...menjadi jugak. Baju kurung in black ni Reen tak tau nak jahit manik bentuk apa, test punya test dapat bentuk Cool Aurora..inilah bentuknya, so simple dan tak ambil masa yang lama untuk siapkannya...Try it pals..c ya


# GREEN PIRAMID-DUO TONE


# AURORA FLOWER

PinTaLan AsPaLeLa & PiNk PasSioN

Dah lama Reen jahit manik untuk 2 baju ni..tapi sekarang baru dapat upload...Simple saja untuk baju kurung ke tempat kerja, bolehlah sebab kalo terlalu Voke nanti kena jeling2 pula...Hehehe
# PINK PASSION
# PINTALAN ASPALELA

ImPiaN ke LanGkaWi TerCaPai AkHirNya

Tidak dapat digambarkan perasaan bila dapat tau yang Reen berpeluang ke pulau lagenda, Pulau Langkawi Kedah. Bagi yang rapat dengan Reen mesti tau this is one of the place yang Reen nak sanggatttt pergi. Memang Sabah pun banyak lagi pulau-pulau yang yang terkenal diseluruh dunia tapi tak tau kenapa Reen memang berangan-angan nak ke pulau bersejarah ini. Reen selalu bayangkan Reen akan bergambar dengan Burung yang menjadi simbol di pulau lagenda ini dan akhirnya impian yang tersirat tercapai akhirnya.



# Excited First Time sampai...Antara kedai Duty Free, banyak coklat tau..


# Plaza Langkawi, tapi tak banyak nak dilihat di dalam...
Sebenarnya Reen ke sini pun atas tujuan dihantar berkursus tapi alang-alang dah sampai sini dengan tiket free Reen pun ambil kesempatan berjalan2 makan angin...tapi rasa rugi juga sebab tdk semua tempat Reen dapat pergi..Reen cuma berkesempatan melawat Dataran Lang dan Langkawi Geopark (ada Cabel Car). Tapi pekan Kuah memang habis Reen ronda, Reen borong coklat sampai penuh 1 beg tarik tu hahaha...aduuuh Reen ni memang fanatik coklat. Coklat import murah di pulau ni tapi kalo coklat Made In Malaysia harganya sama saja dkt luar, barang import memang murah sebb kan pulau ni Free Duty...


# Deretan kedai di Pekan Kuah...Banyaknya pilihan coklat..kann..kan..
# Antara kedai yang banyak cawangannya di Pekan Kuah..famous tau
Reen berada di Pulau Langkawi selama 5 hari 4 malam, malam pertama sampai Reen stay sekat Hotel Baron dan malam seterusnya stay dekat Hotel Seaview..Hotel2 disini memang peramah dan memberi layanan baik even pemandu teksi pulau ni very friendly. Thumbs up for all of them kerana memberi satu trademark yang baik untuk Pulau Langkawi..Ramai kawan baru yang Reen dapat and I love to know them....hahaha hopefully mereka baca coretan ni. Masa Reen ke pulau ni Reen ditemani oleh 2 orang Senior Reen..Kak Zainon dan Abg Ramdin..boleh tahan mereka ni dibawa berjalan, tdk tau apa erti lenguh...enjoy sangat follow both of them bershopping sakan..sporting habis...Reen banyak ambil gambar masa di Langkawi, Reen rasa2 dalam 300 lebih gambar, banyak sangat tak tau nak pilih which one utk tatapan kawan2 smua..But Reen harap dapat berkongsi kegembiraan dan keterujaan ini with u all....

# Gambar-gambar sewaktu di Dataran Lang...ilham Dr M 
Reen harap suatu hari Reen akan sampai balik ke Pulau Langkawi ni but this time Reen akan pergi with my family dan Reen akan pastikan Reen dapat travel more than this time....
# Gambar bersama Kak Zainon masa tiba di Geo Park Langkawi, nak naik Cabel Car konon

# Pemandangan dari dalam Cabel Car nak naik ke kemuncak, pangalaman yang tak dapat dilupakan (^__^)

 
# Dah sampai ke puncak bukit tertinggi di Pulau Langkawi

# Jambatan gantung yang menggerunkan (bergoyang), tapi Reen tetap kuatkan semangat nak bergambar
 # Pandangan dari hujung Jambatan....Kak Zainon dan Abg Ramdin tak berani nak lalu jambatan n...ahaaakss takutttt ;)

AnTaRa RuMah TerBuKa - RaYa 2008

Wokey..raya tahun 2008 yang lalu Reen dan kawan2 lain di ofis ada dijemput ke rumah terbuka beberapa orang pegawai di ofis Reen...memang best sebab masa raya ni macam2 juadah ada yang dihidangkan...Mmmmh, puasa 1 bulan berat badan cuma turun 1-2 kg tapi Raya baru sambut 1-2 minggu badan dah naik 4-5 kg....Waaaaaaah macamana mau kurus ahhh, Lu Pikirlah Sendiri....Tapi hakikatnya Reen memang cannot resist juadah raya....lantaklah naik badan pun naiklah....tak kisah dah....

# Gambar ni pula diambil di Rumah Terbuka Penolong Pegawai Tadbir Kanan N36 di tempat Reen bekerja...Rumah di area Penampang Baru dekat dengan Hypermarket CKS, hebatnya rumah ni 3 tingkat youuuu....
# Gambar ni diambil di Rumah Terbuka Pegawai Kaunseling S44 pejabat Reen...Rumah dia ni terletak dekat area2 Hospital Likas, KK....

# Gambar ni diambil di Rumah Ketua Penolong Pengarah M48 jabatan Reen..Rumah dia dekat condo yang hampir dengan Tanjung Aru area KK

SamBuTaN RaYa UniT PenTaDbiRaN 2008

Salam semua..Raya Aidil Fitri tinggal 3 bulan lagi dari sekarang kan? Dalam 20hb Ogos 2009 kita akan memulakan ibadat Puasa di Bulan Ramadhan (kalo tak silap tarikhlah ya)...Mmmh jadi Reen nak kongsi pengalaman menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan member2 satu unit dekat ofis tahun lalu...

Ceritanya bermula begini...kan selalunya kita yang beragama Islam ni bila tiba musim Raya semua mohon cuti nak balik kampung so tak tinggal juga Reen dan kawan rapat Reen yang seorang ni..Hehehe nama dia Ummi Izah tpi Reen panggil dia dgn nama lain..(Ssst..adalah tu..Lu Pikirlah Sendiri), takpa disini Reen gelar ni Ummi saja lah...

Selepas Cuti Raya dalam seminggu lebih macam tu Reen dan c Ummi ni bersms lah..Kita orang janji nak bawa Biskut Raya utk menjamu kawan2 di ofis yang tak kesampaian nak beraya di rumah kita orang..So Reen dan Ummi setujulah bawa Biskut Raya dalam 1 bekas seorang, tak silap dalam 1 bekas tu boleh bubuh 6-7 jenis biskut.....Tapi kita inform seorang kakak tu juga yang sama unit dengan kita bawa sama bila datang kerja nanti sebab sebenarnya kita nak merasa biskut2 kakak tu juga...so kita yang nak membawa juadah raya ni berjumlah 3 orang lah...yang nak dijamu ni hampir 30 orang...hehehe bayangkan lah...

Dah sampai masanya kita buatlah apa yang dah di plan melalui sms tu...so kita panggil lah kawan2 menjamu biskut yang Reen dan Ummi bawa dari rumah...Rupanya kakak yang seorang ni dah ubah plan asal..mulanya nak makan kecik2 tapi tup-tup paln kakak ni membuatkan kita menjamu kawan2 ni dekat bilik mesyuarat kecik yang ada di ofis tu...Siap pembantu pejabat sediakan air minum lagi, boleh tahan...Tanya kakak tu rupanya kakak tu sebenarnya tak ada bawa biskut sebab biskut dah habis katanya tapi takpa sebab dia ada bawa juadah lain iaitu Rendang Ayam dan sedikit 'Lamban' utk hidangan..Ummi pun ada bawa ketupat tapi utk makan 3-4 orang saja...Last minit ada seorang penolong pegawai tu bermurah hati minta hidangkan Biskut Raya yang dibawanya utk dijamu sama....

Tapi yang bestnya jamuan kecik2 yang di plan jadi macam satu majlis lah pula..sampai mengundang iri hati unit lain..Astagfirullah, mana tidak....tersebar gossip mengatakan Unit Pentadbiran buat Majlis Raya sendiri2 tak jemput unit lain..sedangkan sebenarnya jamuan dibuat bukan atas nama Unit Pentadbiran...Yang membawa makan ni cuma Reen, Ummi dan kakak tu...itupun makan sedikit seorang tapi cukup juga utk semua...Siapa2 yang lalu ditempat jamuan tu semua kita jemput sama so Reen rasa mohon maaflah atas kekeliruan ini...kawan2 lain dalam unit yang sama pun sound juga kenapa tak maklumkan mereka bawa biskut dan macam2 lagi..tapi seperti yang Reen cakapkan ni semua plan luar jangkaan kakak tu...Kita sebenarnya nak menjamu di meja kerja masing2 tapi dah pindah tempat ke bilik mesyuara tu yang heboh dibuatnya...

Apapun jamuan ni meriah dan berjalan lancar sbb semua orang happy..tau lah lagipun masih mood Raya kan...so cubalah kawan2 tatap photo2 ni masa jamuan tu...makanan tak seberapa tapi yang penting hubungan kekawanan yang terjalin...Selamat Hari Raya semua


Oh ya sekarang Reen tak bersama dalam Unit tu lagi...dah pindah.....

♥ Followers Yg Setia ♥